Persaraan Abdul Aziz Zainal

Abdul Aziz Zainal (diatas kereta) diarak keluar premis sempena hari persaraan beliau di Kementerian Pertahanan. Beliau turut diiringi oleh seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau telah berkhidmat dalam tentera selama 40 tahun dan pada 30 Ogos 2009, khidmat beliau sebagai Panglima Angkatan Tentera telah tamat. Pada Mei 2010, beliau telah menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia pertama untuk mejadi Duta Besar ke Perancis. Setelah tamat khidmat beliau sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis, beliau telah ditawarkan menjadi Pengurusi kepada 4 buah syarikat tempatan iatu termasuk Bank Rakyat, Perbadanan Perwira Negara (PERNAMA) , HeiTech Defence System Sdn. Bhd. (syarikat milik HeiTech Padu Berhad), dan Saling Erti. Beliau juga merupakan Penasihat kepada sebuah syarikat antarabangsa iatu Amundi dan ialah salah satu lembaga pengarah di sebuah syarikat pelaburan, Glomac Berhad.

Pengerusi Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad)

Pada 16 Julai 2015, beliau telah dilantik sebagai pengerusi baru bagi syarikat Bank Kerjasama Rakyat Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat menggantikan Datuk Mat Noor Nawi. Bank Rakyat adalah bank koperasi Islam yang terbesar di Malaysia.

Selanjutnya diĀ : http://www.bharian.com.my/node/68244

Pengerusi Perbadanan Perwira Negara (PERNAMA)

Abdul Aziz Zainal sebagai Pengerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang terkini.

Tan Sri Abdul Aziz Hj Zainal adalah pengerusi kepada 4 buah syarikat dan PERNAMA adalah satu daripadanya. Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) ditubuhkan untuk memberi khidmat sebaik mungkin kepada warga Angkatan Tentera Malaysia, bekas anggota ATM dan anggota sukarelawan ATM dengan penyediaan rangkaian kedai runcit di seluruh negara. Beliau dilantikan menjadi pengurusi PERNAMA pada 1 Ogos 2013 menggantikan Jeneral Tan Sri Mohamed Hashim bin Mohd Ali (B) yang bersara pada 27 April 2013.